Saturday, September 20, 2014

5 makanan terbaik untuk kesihatan

Haiii... Assalamualaikum. Hari ni nak share sikit tentang pemakanan sihat yang perlu kita amalkan dan paling penting untuk org tua.. Ibu bapa kita, anutk nenek smua... Apa-apa pun kena ingat la kan.. Pemakanan sihat sepatutnya bermula hari ini. Bukan esok, bukan lusa.. Info ni dipetik dari Majalah Kesihatan dan Kecantikan. Tips ini juga boleh diamalkan untuk diri kita sendiri sbgai persediaan menghadapi hari tua yang aktif dan sihat! Happy reading!

1. Sayuran Hijau Berdaun

kenapa diperlukan : Untuk kesihatan Mata. Orang2 tua sangat mudah diserang penyakit katarak. Mengikut kajian, about 60% warga Tua yang berumur 60 tahun ke atas akan mula mengalami masalah katarak sama ada sedikit ataupun bnyk.
Sayuran Hijau berdaun mengandungi lutein (sejenis bahan antioksidan) yang mampu melindungi proses oksidan dlm mata yang menyebabkan selaput.
Selain Katarak, Lutein juga mampu melindungi masalah penglihatan lain seperti macular degeneration

2. Oat

Kenapa diperlukan: Untuk merendahkan tekanan darah
Tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh warga emas sangat berisiko memberikan serangan jantung dan strok. Makanan yg tggi dgn serat seperti oat dan roti tinggi serat dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan merendahkan tekanan darah
Kebaikan makanan bijirin yg tggi serat spt oat ini akan membantu penyerapan gula dlm darah secara terkawal dan membekalkan tenaga berterusan dan mampu mengawal Diabetes Jenis 2.
Satu kajian dari Universiti di US mendapati bahawa, memakan oats sbnyk 6 kali sehari dapat mengurangkan tekanan darah

3. Beras Perang

kenapa diperlukan: Untuk Tenaga
beras perang adalah sejenis "whole grains" yang bermaksud, bhgn luarnya masih tidak dibuang untuk mendedahkan bhgn dalamnya yang putih.
Secawan beras perang memberikan 90% unsur manganese iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk menukar protein dan karbohidrat kepada tenaga
beras perang juga mengandungi 90% kandungan Fiber dan zat besi berbanding beras putih biasa.
kandungan Vitamin B adalah 70-90%
Makanan yg tggi dgn fiber akan memberikan rasa kenyang dgn lebih lama.
Wanita yang mengambil makanan yg mengandungi bnyk fiber akan lebih kurang risiko dlm 49% untuk gemuk berbanding wanita yang makan beras atau roti putih

4. Ikan

Kenapa diperlukan: Untuk kesihatan sendi
Ikan merupakan mknn yg sgt kaya dengan Omega-3, asid lemak perlu untuk badan kita yang sangat berguna untuk kesihatan sendi.
Asid lemak ini mampu menukar enzim yang merosakkan rawan menyebabkan kesakitan dibahagian sendi
amalkan memakan ikan spt mackarel, salmon, tuna dan sardin sekurang2nya 2 kali seminggu untuk mendapatkan Omge-3 yg lebih kerana ikan2 yg berminyak/berlemak lagi bnyk kandungan omega-3 nya

5. Telur

kenapa diperlukan : untuk jantung yang lebih sihat
Ramai yang mengatakan telur tidak bagus untuk jantung, tetapi kajian dari Harvard School of Public Health in US, telah menemui tiada kaitan yang significant antara telur dan penyakit jantung
Satu Kajian juga yang disiarkan dalam Biological and Pharmaceutical Bulletin teleh menjumpai bahawa protein di dalam kuning telur dapat memperlahankan proses pembekuan darah di saluran jantung yang dpt mengurangkan risiko serangan jantung
telur juga mengandungi kandungan lutein yg dapat memelihara penglihatan yg baik
sebaiknya amalkan memakan telur ayam kampung kerana ianya fresh dan organik dan kandungan zat yg tggi.

note : Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, karena masih mengandungi ketiga bagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain karena ada beberapa bagian yang hilang pada saat penggilingan, iaitu bekatul dan dedaknya.

ha,,, bagaimana? sgt berguna kan info2 ini?? jom kita sama2 mengamalkannya untuk mendapat kesihatan yang sejahtera. hargai kesihatan kurniaan ALLAH dgn mengamalkan diet yg sihat! (^_^)

Uol nak tambah lagi kesihatan? 

Paling penting ialah ESP, VITALEA, OMEGAGUARD, OSTEMATRIX.... 4 ni cukup untuk keperluan untuk sihat InshaAllah. kalau ada budget lebih boleh la tambah VIVIX sahaja.. Kenapa? kejap lagi kita cerita... hot sangat tauuu... tungguuuu...

Pn Emy
SID 964128
HP 0175510412
esmn_6280@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno