Tuesday, August 26, 2014

Ubat Hati!

Assalamualaikum!.. Ingat lagi kisah Rasulullah semasa zaman kanak-kanak baginda iaitu sewaktu dalam jagaan ibu susuannya, Halimatussaadiah..? Tengah sibuk bermain dengan Ali bin Abu Talib, tiba-tiba datang malaikat. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail (dikatakan malaikat Mikail juga turut serta dalam proses itu) lalu dikeluarkan hati yang kemudiannya dicuci dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam daripada hati tersebut. Bahagian itu disebut sebagai 'alaqah, ketulan yang menjadi tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia. Setelah selesai dada baginda dicantumkan semula dan diletakkan khatimun nubuwwah sebagai cap kenabian baginda.

Namun, bagaimana pula kita yang manusia biasa? 
Apa cara nak cuci hati yang sentiasa berbolak balik ini?

Teknik 1 ~ Tawakkal

Apa pun kita perlu tahu bahawa segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Jom kita amalkan beberapa cara untuk mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno