Saturday, August 23, 2014

Sakit tapak kaki & rawatannya

Tapak kaki sakit... erkkkk... paling teruk waktu pagi bangun tidur nak pijak lantai... huhh nak nangis rasanya... Aduhh

Sakit kaki yang paling biasa dialami kita dipanggil PLANTAR FASCITIS. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan kecil pada tisu tapak kaki dan menyebabkan rasa sakit, lebam dan bengkak.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki. 

Kesakitan yang kita alami seperti ada satu benda sangat tajam dan terletak di pangkal tumit  dan kadang-kadang Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki. Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat. Ada juga ketikanya kita rasa bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya dalam tumit). Bila berjalan atau berdiri lama memang menyebabkan kita semakin sakit. Boleh juga buat urutan dan senaman ringan, tapi boleh kurangkan sakit untuk sementara sahaja. Jadi bagaimana nak buat?

SENAMAN

Ada beberapa jenis senaman yang boleh kita cuba amalkan untuk kurangkan masalah ini. Cuba kan.. 

SENAMAN 1 - Senaman untuk Tapak Kaki


  1. Bermula pada duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  2. Menggunakan tuala atau tali pinggang. Lilit di bawah tapak kaki.
  3. Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis dan tapak kaki.
  4. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  5. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

SENAMAN 2 - Senaman untuk Tapak Kaki


  1. Berdiri di atas tangga.
  2. Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
SENAMAN 3 - Senaman menguatkan otot betis

  1. Duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  2. Gunakan theraband, lilit di hujung tapak kaki.
  3. Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki anda ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda dan tahan selama 10 saat.
  4. Ulangi latihan ini 10 hingga 20 kali asalkan senaman ini tidak menyebabkan kesakitan.
Ada banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan, boleh rujuk: http://www.myhealth.gov.my/index.php/fisioterapi/fisioterapi-untuk-sakit-tapak-kaki

SET SENDI TULANG SHAKLEE






1. ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
  • mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • menyokong keselesaan sendi 
  • memelihara tisu penyambung yang sihat 
  • meningkatkan kesan kusyen sendi agar mudah bergerak


2. OMEGAGUARD

Omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.  
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi drpd mengambil glukosamina sahaja. 

 

3. OSTEMATRIX 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Itu serba sedikit tentang cara pulihkan sakit sendi dari dapur dan cara shaklee.. 

Nak dapatkannya juga? Anytime boleh hubungi saya:
Maklumat lanjut, jemput whatsapp atau sms:

Puan Emy
SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com

Jadi ahli untuk dapatkan harga lebih jimat & berpeluang mendapat pelbagai bonus!! 
(klik pada gambar)

http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno