Saturday, August 9, 2014

Kolestrol tak baik untuk kesihatan? Fikir semula!

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya nak cerita tentang kolestrol ni, tapi saya camni la, mesti kaji dulu sebelum menulis, kalau tak memang tak syok kan. Nanti orang tanya tak tau pulak hihi.. So lambat sikit dapatnya.. :)

Tahu tak uol, sebenarnya kolestrol baik untuk kesihatan tau!!! Ha... semua mesti melenting bila saya cakap macam tu. Yup dear... Sebab apa ye? Ok, first sekali kita kena faham apa asal dan fungsi Kolestrol ni:

KOLESTROL - lemak yang masuk ke dalam hati dan membentuk kolestrol. Berfungsi untuk membina cell membrane (lapisan luar sel), hasilkan hormon yang sihat, metabolism vitamin larut lemak A, D, E & K dan menjaga hempedu

Nampak tak, sebab tu kita kata Kolestrol baik untuk kesihatan... Eh eh betul ke? Ye betul, memang kolestrol baik dan berguna, JIKA kita tau tentang DUA JENIS KOLESTROL:

LIPOPROTEIN KETUMPATAN RENDAH (LDL) - mengakibatkan pembentukan plak (kerak) dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Dikenali sebagai 'KOLESTROL JAHAT'

LIPOPROTEIN KETUMPATAN TINGGI (HDL) - Dapat menyingkirkan kolestrol jahat dengan cara membawanya ke hati untuk disingkirkan. Dikenali sebagai 'KOLESTROL BAIK'

Oleh sebab itu, untuk lindungi diri dari Kolestrol Jahat yang menyebabkan pelbagai penyakit kardiovaskular, kita hendaklah kekalkan paras 'Kolestrol Baik' yang tinggi dan pastikan paras 'Kolestrol Jahat' yang rendah!

FAKTOR KOLESTROL LDL YANG TINGGI:

Of course faktor pemakanan dan cara hidup menjadi penyebab masalah kolestrol tinggi ni. Satu lagi masalah hati. Hati taidak dapat menapis segala lemak dengan baik maka berlaku masalah kesihatan macam ni.


KESAN KOLESTROL LDL YANG TINGGI:

Berbagai masalah kesihatan mula bertambah dengan pelambakan kolestrol jahat dalam badan kita apabila salur darah semakin sempit:




PARAS KOLESTROL SIHAT:

< 5.2  - SIHAT
Pastikan LDL < 2.6 dan HDL > 1.0

(Pssttt: Kajian di Shaklee menunjukkan mereka yang amalkan OMEGAGUARD boleh tingkatkan paras HDL hingga 2.0... Awesome!!)

Anda boleh buat ujian Kolestrol - Lipid Profile di mana-mana farmasi atau klinik berhampiran.

CARA MENGEKALKAN PARAS KOLESTROL BAIK (HDL) YANG TINGGI:


 CARA MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL JAHAT (LDL) YANG RENDAH:

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) di Amerika Syarikat menyarankan pengambilan FITOSTEROL ke dalam diet harian untuk merendahkan paras LDL