Tuesday, August 26, 2014

Hepatitis & Rawatannya

Assalamualaikum. Lama dah kita tak dengar tentang penyakit Hepatitis ye. Tau tak Hepatitis ni merupakan penyakit di bahagian hati dan ianya boleh merebak dan semakin teruk jika tidak di kawal. Hepatitis boleh sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang kesan, atau ia boleh bertambah buruk sehingga menjadi parut hati (scaring). Hepatitis akut akan sembuh dalam masa kurang enam bulan, manakala hepatitis kronik akan mengambil masa lebih lama.


Jenis-jenis Hepatitis dan Cara Jangkitannya

Di Malaysia, lazimnya terdapat 3 jenis hepatitis yang disebabkan oleh virus hepatitis A, B, C:

  • Hepatitis A - Ia adalah disebabkan oleh makanan atau minuman yang dijangkiti dengan virus yang dipanggil HAV (Virus Hepatitis A). Seks lisan dan anal juga boleh menjadi penyebab. Hampir semua orang yang mengidap Hepatitis A membuat pemulihan penuh dan tidak membawa kepada penyakit kronik
  • Hepatitis B - Ia adalah disebabkan oleh Virus Hepatitis B dan disebarkan melalui sentuhan dengan darah yang dijangkiti, air mani, dan beberapa cecair badan yang lain. Anda juga boleh mendapat Hepatitis B kerana berjangkit daripada ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan gigitan
  • Hepatitis C - Biasanya merebak melalui sentuhan langsung dengan darah orang yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah disebabkan oleh virus HCV (Virus Hepatitis C). Hati boleh membengkak dan menjadi rosak. Dalam hepatitis C, tidak seperti hepatitis B, dimana risiko kanser hati hanya meningkat pada penghidap sirosis dan hanya 20% daripada pesakit HEP C mendapat sirosis

Tanda-tanda Penyakit Hepatitis

Ramai orang yang menghidap Hepatitis, namun tidak sama pada gejala atau tiada langsung tanda kerana bergantung pada jenis virus yang menyerang. Fasa awal hepatitis dipanggil fasa akut di mana tanda-tanda seperti berikut akan dialami:
  • Cirit-birit
  • Selsema yang ringan
  • Keletihan
  • Hilang selera makan
  • Demam ringan
  • Otot atau sakit sendi
  • Loya
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Berat badan turun.
Fasa akut biasanya tidak berbahaya, melainkan jika ia merebak menjadi lebih aggresif, yang boleh membawa kepada kematian. Pesakit menjadi lebih teruk jika gejala-gejala di bawah muncul:
  • Air kencing menjadi gelap
  • Pening
  • Mengantuk
  • Limpa membesar
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal badan, kulit gatal
  • Najis berwarna pucat, najis mungkin mengandungi nanah
  • Kulit, putih mata, lidah kelihatan kuning – demam kuning (jaundis)
  • Terdapat cecair yang berkumpul dalam ruang abdomen (ascites)
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah hepatitis, walaubagaimanapun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah dengan pakar doktor

Rawatan Moden

Rawatan dibuat bergantung kepada keadaan pesakit dan juga tahap kroniknya penyakit tersebut. Antara rawatan yang dimaksudkan termasuk suntikan, cryosurgery, pemulihan hati, kimoterapi dan pemindahan hati.
  • Hepatitis A - Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Doktor akan menasihati pesakit untuk menahan diri daripada alkohol dan dadah semasa pemulihan. Sebahagian besar pesakit dengan Hepatitis A akan pulih secara spontan
  • Hepatitis B - Seorang pesakit dengan Hepatitis B perlu berehat. Dia akan memerlukan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat. Ini adalah untuk membaiki sel-sel hati yang rosak, serta untuk melindungi hati. Jika ini tidak mencukupi, doktor mungkin memberi ubat antiviral
  • Hepatitis C - Seorang pesakit Hepatitis C akan diberi pegylated interferon dan ribavirin.
Pesakit yang kronik hepatitis C yang menerima rawatan HCV standard boleh mendapat manfaat ketara dengan mengambil vitamin tambahan B12.

Rawatan Hepatitis Shaklee

1. DTX Complex
Melindungi hati, menggalakkan pertumbuhan sel hati dan memperbaiki fungsi hati. 
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

2. Nutriferon
Mengukuhkan sistem imun (mengaktifkan interferon).
Untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

3. Vivix

Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
Menyihatkan semula setiap sel dan membantu dalam sistem hati

4. B-Complex
Menyihatkan semula sel-sel tubuh terutamanya hati
Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
Menguatkan antibodi tubuh.
Amat penting untuk aktiviti sel genetik
Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam mencegah stress

JOM RAWAT MASALAH HATI!

Dapatkan konsultansi percuma dengan harga yang menarik... 
Hubungi saya melalui whatsapp / sms / email:
Puan Emy

SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com
COD: IPOH dan sekitarnya

Jadi ahli dan berpeluang mendapatkan harga yang lebih jimat serta berbagai imbuhan menarik.. (klik pd gambar)
http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno