Thursday, August 28, 2014

Detox Hati dgn DTX Complex!

Hai semua. Assalamualaikum...
Sebelum ni kita dah tau apa makna detoks, untuk apa dan apa kah 3 produk Shaklee untuk detoks. Kali ni kita nak cerita kenapa DTX Complex tu tersangat lah power untuk cuci dan rawat hati kita! Ha... bukan hanya ubat hati secara rohani sahaja, tapi secara lahiriah pun perlu tau. Bagaimana ya???
Formula DTX Complex
Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam DTX Complex iaitu ekstrak biji benih Pokok Susu Tisel (Milk Thisle seed) berupaya menyokong badan bagi menghasilkan protein yang membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex juga mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari Pokok Susu Tisel (Milk Thisle seed)yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut menggabungkan 5 herba lain iaitu 
Schizandra & Cendawan Reishi : - antioksida paling kuat
Dandelion, Kunyit, Artichoke : - mengekalkan aliran hempedu


Jom tengok satu persatu fungsi setiap herba tersebut:

Hebat kan kandungan DTX ni. Tahu tak, setiap tahun makmal Shaklee menjalankan ujian mikroorganisma. Begitu juga lebih 250ujian setahun untuk memastikan stabiliti, potensi dan kualiti DTX untuk menjamin kesihatan hati.

Sebelum ini kita telah mengetahui 10 fungsi detoks. Oleh itu, dapat lah kita simpulkan di sini bahawa mereka yang perlu cuci hati dengan DTX complex ialah:
  • Penderita penyakit - hepatitis A, B, C, sirosis hati, batu pundi hempedu dan sebagainya
  • Mereka yang sering terdedah kepada pencemaran asap, air etc
  • Mereka yang secara genetiknya mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi etc
  • Penghidap atau yang telah sihat daripada penyakit kronik dan ingin mencuci semula tubuh daripada pelbagai ubat dan toksid
  • Mereka yang sering - demam, selsema, batuk atau yang sistem imunnya semakin lemah
  • Perokok pasif / aktif  atau yang telah berhenti merokok
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit- kusam, berjerawat, kedutan premature etc
  • Mereka yang sering stress, tidak dapat mengawal perasaan, cepat marah dan tidak mampu berfikir dengan baik
  • Mereka yang seringkali mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. 
  • Mereka yang selalu sembelit, sakit perut, angin, panas badan etc

JOM RAWAT MASALAH HATI!

Dapatkan konsultansi percuma dengan harga yang menarik... 
Hubungi saya melalui whatsapp / sms / email:
Puan Emy
SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com
COD: IPOH dan sekitarnya

Jadi ahli dan berpeluang mendapatkan harga yang lebih jimat serta berbagai imbuhan menarik.. (klik pd gambar)
http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html

Wednesday, August 27, 2014

10 Sebab: Kenapa perlu detox?!

Anda pernah detoks??? Tahu tak apa yang di maksudkan dengan detoks? 
Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. 
Antara cara mudah untuk melakukan detox adalah dengan pengambilan buah-buahan sahaja selama 3 hari!
Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan. 

Kenapa perlu Detox??

1. Keluarkan toxin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toxin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK!.. errkkk. Patutlah kulit makin kusam & kasar.. 

2. Mengelakkan penyakit kronik

Toxin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..
3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toxin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan...

4. Mengurangkan berat badan
Toxin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toxin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan. 

5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radical bebas dan berbagai logam  dan toxin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toxin dan pencemaran yang . Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..  

8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..
 
9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toxin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

JOM DETOKS DENGAN SHAKLEE

Mencuci darah, hati dan usus. Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Mencuci perut dan usus - Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang sembelit..

Mencuci hati & membina semula hati yang semakin rosak. Salah satu penyingkir toxin pada hati yang paling baik di pasaran. Hati merupakan kilang industri pemprosesan dalam tubuh manusia yang menyaring semua air dan darah yang masuk ke tubuh badan. Hati juga merupakan satu-satunya organ yang berupaya baik dan membina semula sistemnya. DTX juga membantu melindungi hati, menggalakkan pertumbuhan sel hati dan memperbaiki fungsi hati. Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hatiAmat penting untuk  merawat hati dengan DTX supaya sistem badan dapat berjalan lancar. 

JOM DETOX !

Dapatkan konsultansi percuma dengan harga yang menarik... 
Hubungi saya melalui whatsapp / sms / email: 
Puan Emy 
ID: 964128
017-5510412
esmn_6280@yahoo.com
COD: IPOH dan sekitarnya

Tuesday, August 26, 2014

Ubat Hati!

Assalamualaikum!.. Ingat lagi kisah Rasulullah semasa zaman kanak-kanak baginda iaitu sewaktu dalam jagaan ibu susuannya, Halimatussaadiah..? Tengah sibuk bermain dengan Ali bin Abu Talib, tiba-tiba datang malaikat. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail (dikatakan malaikat Mikail juga turut serta dalam proses itu) lalu dikeluarkan hati yang kemudiannya dicuci dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam daripada hati tersebut. Bahagian itu disebut sebagai 'alaqah, ketulan yang menjadi tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia. Setelah selesai dada baginda dicantumkan semula dan diletakkan khatimun nubuwwah sebagai cap kenabian baginda.

Namun, bagaimana pula kita yang manusia biasa? 
Apa cara nak cuci hati yang sentiasa berbolak balik ini?

Teknik 1 ~ Tawakkal

Apa pun kita perlu tahu bahawa segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Jom kita amalkan beberapa cara untuk mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.




Hepatitis & Rawatannya

Assalamualaikum. Lama dah kita tak dengar tentang penyakit Hepatitis ye. Tau tak Hepatitis ni merupakan penyakit di bahagian hati dan ianya boleh merebak dan semakin teruk jika tidak di kawal. Hepatitis boleh sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang kesan, atau ia boleh bertambah buruk sehingga menjadi parut hati (scaring). Hepatitis akut akan sembuh dalam masa kurang enam bulan, manakala hepatitis kronik akan mengambil masa lebih lama.


Jenis-jenis Hepatitis dan Cara Jangkitannya

Di Malaysia, lazimnya terdapat 3 jenis hepatitis yang disebabkan oleh virus hepatitis A, B, C:

  • Hepatitis A - Ia adalah disebabkan oleh makanan atau minuman yang dijangkiti dengan virus yang dipanggil HAV (Virus Hepatitis A). Seks lisan dan anal juga boleh menjadi penyebab. Hampir semua orang yang mengidap Hepatitis A membuat pemulihan penuh dan tidak membawa kepada penyakit kronik
  • Hepatitis B - Ia adalah disebabkan oleh Virus Hepatitis B dan disebarkan melalui sentuhan dengan darah yang dijangkiti, air mani, dan beberapa cecair badan yang lain. Anda juga boleh mendapat Hepatitis B kerana berjangkit daripada ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan gigitan
  • Hepatitis C - Biasanya merebak melalui sentuhan langsung dengan darah orang yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah disebabkan oleh virus HCV (Virus Hepatitis C). Hati boleh membengkak dan menjadi rosak. Dalam hepatitis C, tidak seperti hepatitis B, dimana risiko kanser hati hanya meningkat pada penghidap sirosis dan hanya 20% daripada pesakit HEP C mendapat sirosis

Tanda-tanda Penyakit Hepatitis

Ramai orang yang menghidap Hepatitis, namun tidak sama pada gejala atau tiada langsung tanda kerana bergantung pada jenis virus yang menyerang. Fasa awal hepatitis dipanggil fasa akut di mana tanda-tanda seperti berikut akan dialami:
  • Cirit-birit
  • Selsema yang ringan
  • Keletihan
  • Hilang selera makan
  • Demam ringan
  • Otot atau sakit sendi
  • Loya
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Berat badan turun.
Fasa akut biasanya tidak berbahaya, melainkan jika ia merebak menjadi lebih aggresif, yang boleh membawa kepada kematian. Pesakit menjadi lebih teruk jika gejala-gejala di bawah muncul:
  • Air kencing menjadi gelap
  • Pening
  • Mengantuk
  • Limpa membesar
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal badan, kulit gatal
  • Najis berwarna pucat, najis mungkin mengandungi nanah
  • Kulit, putih mata, lidah kelihatan kuning – demam kuning (jaundis)
  • Terdapat cecair yang berkumpul dalam ruang abdomen (ascites)
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah hepatitis, walaubagaimanapun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah dengan pakar doktor

Rawatan Moden

Rawatan dibuat bergantung kepada keadaan pesakit dan juga tahap kroniknya penyakit tersebut. Antara rawatan yang dimaksudkan termasuk suntikan, cryosurgery, pemulihan hati, kimoterapi dan pemindahan hati.
  • Hepatitis A - Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Doktor akan menasihati pesakit untuk menahan diri daripada alkohol dan dadah semasa pemulihan. Sebahagian besar pesakit dengan Hepatitis A akan pulih secara spontan
  • Hepatitis B - Seorang pesakit dengan Hepatitis B perlu berehat. Dia akan memerlukan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat. Ini adalah untuk membaiki sel-sel hati yang rosak, serta untuk melindungi hati. Jika ini tidak mencukupi, doktor mungkin memberi ubat antiviral
  • Hepatitis C - Seorang pesakit Hepatitis C akan diberi pegylated interferon dan ribavirin.
Pesakit yang kronik hepatitis C yang menerima rawatan HCV standard boleh mendapat manfaat ketara dengan mengambil vitamin tambahan B12.

Rawatan Hepatitis Shaklee

1. DTX Complex
Melindungi hati, menggalakkan pertumbuhan sel hati dan memperbaiki fungsi hati. 
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

2. Nutriferon
Mengukuhkan sistem imun (mengaktifkan interferon).
Untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

3. Vivix

Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
Menyihatkan semula setiap sel dan membantu dalam sistem hati

4. B-Complex
Menyihatkan semula sel-sel tubuh terutamanya hati
Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
Menguatkan antibodi tubuh.
Amat penting untuk aktiviti sel genetik
Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam mencegah stress

JOM RAWAT MASALAH HATI!

Dapatkan konsultansi percuma dengan harga yang menarik... 
Hubungi saya melalui whatsapp / sms / email:
Puan Emy

SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com
COD: IPOH dan sekitarnya

Jadi ahli dan berpeluang mendapatkan harga yang lebih jimat serta berbagai imbuhan menarik.. (klik pd gambar)
http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html



Sunday, August 24, 2014

KELETIHAN!! Punca dan cara mengatasi


Letih!! Semua orang pun letih. Tiada siapa dalam dunia ni tak letih. Tengok fb pun letih. Hari2 tgk Gaza di bom.. sana sini rempit.. sana sini buang anak... letih!.. Pegi keje memanjang je jem... Smpai je tempat keje bos memekak pulak, anak murid buat perangai macam-macam kes.. Adoii... letih!.  Balik keje lewat kang nak masak, nak membasuh, suap anak makan... Yang suami pula dengar wife bebel, anak nangis tak tau buat apa... tengok berita perang sana sini... letih!.. Memang letih.

Pakar Psikologi terkemuka dari Universiti Fordham di Bronx, New York pernah menyebut "Salah satu perosak semangat terbesar seseorang ialah TEKANAN. Tekanan adalah hasil keresahan. Ini kerana keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita lalu menyebabkan tubuh merasa LETIH!"

Punca Rasa Letih & Cara Mengatasi


Keletihan mungkin disebabkan penyakit tertentu dalam badan kita, namun ada beberapa punca lagi yang biasa dialami:
  1. Sensitiviti Elektrik - Rasa letih dan lesu mungkin disebabkan pelbagai gajet dan alat-alatan elektrik di sekeliling. Ada kajian mendapati bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% daripada populasi dunia di mana ia memberi kesan terhadap sistem semulajadi badan. Sebaiknya kita jauhkan handphone daripada katil dan cuba jauhkan alatan elektrik terutmanya dalm bilik tidur.
  2. Makan tengah hari - Makan tidak menentu, kurang berkhasiat atau lebih lemak menyebabkan keletihan dan mudah marah. Jangan ambil makanan berat kerana menyebabkan kita lebih mengantuk.
  3. Cara senaman - Senaman jika dilakukan dengan cara dan waktu yang tidak betul akan mengundang keletihan melampau terutamanya sukar bangun pagi dan sakit-sakit sekitar badan. Sebaiknya bincang dengan jurulatih anda untuk mengetahui cara senaman yang sesuai dan teratur.
  4. Dehidrasi - Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, namun daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan letih. Sebaiknya jika mula terasa letih, minumlah segelas atau dua gelas air kosong dan lihat kesannya!
  5. Ubat-ubatan - Sebenarnya banyak ubat-ubatan sintetik yang memberi kesan sampingan seperti rasa letih dan mudah mengantuk. Antaranya ialah ubat anti depresi dan ubat penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui kesan setiap ubat supaya anda dapat mengawal dan mendapatkan cara pengambilan dengan betul.
    • Saya ada cara pemulihan penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung tanpa bahan sintetik. Hubungi saya untuk konsultansi...
  6. Tidur kurang berkualiti atau tidak lena - Bukan mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan lena jika gaya hidup kita kurang sihat. Amalkan sunnah Rasulullah untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
    • Ambil wudhu sebelum tidur
    • Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
    • Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
    • Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
  7. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12 - Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh menyebabkan penyakit anemia. Vitamin B12 pula berfungsi dalam sistem darah untuk mengangkut Oksigen ke serata bdan dan otak. Ini menyebabkan badan dan otak berasa segar. Zat besi pula penting untuk penghasilan sel darah merah. 
VITALEA
 

 Secara umumya VITALEA sangatla bagus utk:

♡ Mereka yang selalu stress
♡ Badan lesu & asyik nak tidur
♡ Mereka yang hamil & dalam pantang
♡ Kerap selsema, demam & tidak sihat
♡ Terlampau kurus & kurang khasiat
♡ Mereka yg tak suka makan sayur dan buah
♡ Tidak sempat mengambil hidangan sihat dan penuh khasiat akibat kekalutan kerja/ belajar lewat malam
♡ Penghidap anemia atau mereka yang mengalami masalah HB rendah
♡ Mereka yang kerap sakit gigi & gusi berdarah
♡ Golongan veteran yang selalu lemah badan, kurang tenaga
♡ Menghampiri fasa menopous dan mengalami mood swing, kurang selera makan, rasa lemah dan mula mula berisiko alami berbagai penyakit
♡ Ada masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi dan macam2 lagi

Terbaik utk smua golongan drpd umur 13 thun.. Cuma org yg ada TALASEMIA, SLE & HYPERTHYROID shj yg TAK boleh consume ye.....

BCOMPLEX
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia
Untuk mereka yang mudah letih, stress, nak tambah tenaga dan baiki tahap kesihatan, cuma ini sahaja yang diperlukan. Jom baiki diri demi keluarga dan agama kita. Hilangkan letih, maka kita mudah dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab dan beribadat kepada Allah. 
Jom. Dapatkan sekarang!!... Hubungi saya cepat.  
Jemput whatsapp atau sms:

Puan Emy
SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com
COD: IPOH dan sekitarnya


Jadi ahli untuk dapatkan harga lebih jimat & 
berpeluang mendapat pelbagai bonus!!

(klik pada gambar)

http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html

Saturday, August 23, 2014

5 cara mudah rendahkan paras kolestrol

Assalamualaikum... 
Sebelum ni kita dah cerita tentang kolestrol... Hari ni saya nak share 5 cara untuk tingkatkan paras HDL (kolestrol baik) secara semulajadi yang saya jumpa dalam majalah iSihat... Syok ni.. Jom...

1. TURUNKAN BERAT BADAN
Manfaat: Penurunan 3kg berat badan akan MENINGKATKAN 1 MATA HDL

2. BERJALAN PANTAS
Manfaat: Berjalan pantas atau bersenam 20 minit sehari boleh MENINGKATKAN HDL 2 - 4 MATA

3. TIDAK MEROKOK
Manfaat: Secara purata, paras HDL perokok kurang 5 mg berbanding bukan perokok

4. MAKAN KEKACANG SEBAGAI SNEK
Manfaat: Disarankan ambil walnut, pecan, badam, pistachio,  macadamia sekitar 2 auns (57gm) sehari akan MENINGKATKAN PARAS HDL 2 - 3 MATA

5. AMBIL LEBIH KALSIUM
Manfaat: Menurut American Journal of Medicine, pengambilan 1000mg kalsium sehari akan MENINGKATKAN PARAS HDL SEHINGGA 7%


Woww!!! Best kan.. Tanpa sedar sebenarnya kita mudah jaga kolestrol kita. Cuma dengan cara hidup yang sihat kan. Jom kita ubah.. Pastikan 5 cara terbaik ni... 

Sambil tu.. yang mana dah memang berlaku masalah kolestrol tinggi memang tak boleh ambil mudah.. terus ambil PHYTOCOL-ST sebelum makan utk rendahkan paras LDL dan amalkan pemgambilan OMEGAGUARD untuk tingkatkan paras HDL...

Bertindak bijaklah hari ini, kekalkan dan baiki kesihatan secara semulajadi dengan Set Kolestrol & Jantung Sihat
(klik pada gambar)

Jadi ahli untuk dapatkan harga lebih jimat & berpeluang mendapat pelbagai bonus!! 
(klik pada gambar)

http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html

Maklumat lanjut, jemput whatsapp atau sms:
Puan Emy
SID: 964128
017-5510412
esmn_6280@yahoo.com

Sakit tapak kaki & rawatannya

Tapak kaki sakit... erkkkk... paling teruk waktu pagi bangun tidur nak pijak lantai... huhh nak nangis rasanya... Aduhh

Sakit kaki yang paling biasa dialami kita dipanggil PLANTAR FASCITIS. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan kecil pada tisu tapak kaki dan menyebabkan rasa sakit, lebam dan bengkak.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki. 

Kesakitan yang kita alami seperti ada satu benda sangat tajam dan terletak di pangkal tumit  dan kadang-kadang Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki. Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat. Ada juga ketikanya kita rasa bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya dalam tumit). Bila berjalan atau berdiri lama memang menyebabkan kita semakin sakit. Boleh juga buat urutan dan senaman ringan, tapi boleh kurangkan sakit untuk sementara sahaja. Jadi bagaimana nak buat?

SENAMAN

Ada beberapa jenis senaman yang boleh kita cuba amalkan untuk kurangkan masalah ini. Cuba kan.. 

SENAMAN 1 - Senaman untuk Tapak Kaki


  1. Bermula pada duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  2. Menggunakan tuala atau tali pinggang. Lilit di bawah tapak kaki.
  3. Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis dan tapak kaki.
  4. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  5. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

SENAMAN 2 - Senaman untuk Tapak Kaki


  1. Berdiri di atas tangga.
  2. Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
SENAMAN 3 - Senaman menguatkan otot betis

  1. Duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  2. Gunakan theraband, lilit di hujung tapak kaki.
  3. Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki anda ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda dan tahan selama 10 saat.
  4. Ulangi latihan ini 10 hingga 20 kali asalkan senaman ini tidak menyebabkan kesakitan.
Ada banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan, boleh rujuk: http://www.myhealth.gov.my/index.php/fisioterapi/fisioterapi-untuk-sakit-tapak-kaki

SET SENDI TULANG SHAKLEE






1. ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
  • mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • menyokong keselesaan sendi 
  • memelihara tisu penyambung yang sihat 
  • meningkatkan kesan kusyen sendi agar mudah bergerak


2. OMEGAGUARD

Omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.  
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi drpd mengambil glukosamina sahaja. 

 

3. OSTEMATRIX 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Itu serba sedikit tentang cara pulihkan sakit sendi dari dapur dan cara shaklee.. 

Nak dapatkannya juga? Anytime boleh hubungi saya:
Maklumat lanjut, jemput whatsapp atau sms:

Puan Emy
SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com

Jadi ahli untuk dapatkan harga lebih jimat & berpeluang mendapat pelbagai bonus!! 
(klik pada gambar)

http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno