Tuesday, July 8, 2014

Cara Beli Shaklee Secara Online (ESELL)

Salam semua. Dah lebih kurang seminggu Shaklee HQ lancarkan belian online dari blog distributor terus ke HQ. Memang bagus sebab memudahkan anda. 

Fungsinya supaya setiap pengguna boleh terus buat belian tanpa berhubung dengan distributor. Satu lagi, anda tak perlu bank in ke akaun saya dulu untuk buat belian. Tak payah susah-susah nak keluar. Melalui hp pun boleh terus buat belian yang 100% hassle free dan terjamin. Dan anda juga tak perlu jadi ahli pun untuk buat belian. Cumanya kalau jadi ahli mesti la dapat extra discount kan... Ha rugi la sape yang tak join ahli... 

Ok jom saya tunjukkan cara untuk anda buat belian secara online terus dengan ESELL ni. 

LANGKAH 1:
Kat interface blog saya ni, di sebelah kanan anda nampak imej ESELL tu kan. Terus klik saja. Saya dah link terus ke sistem ESELL Shaklee

LANGKAH 2:
Keluar skrin ESELL- 'ONLINE ORDERING AGREEMENT'. Boleh la baca dulu, lepas tu terus tekan button AGREE dan NEXT.

LANGKAH 3:
Seterusnya akan keluar skrin SENARAI PRODUK. Kat sini kena hati-hati sebab semua dah di'default' kepada kuantiti 1 untuk setiap produk. Anda cek satu-satu. Anda cuma perlu tick petak di sebelah kiri gambar barangan yang anda mahu. Jika nak beli lebih dari 1, anda tukar QUANTITY di sebelah petak UPDATE. Lepas tu anda scroll sampai bawah, tengok jumlah barangan dan jumlah harga yang perlu dibayar. Tekan CHECKOUT untuk langkah seterusnya.

LANGKAH 5:
Di sini anda isikan maklumat untuk penghantaran: Nama, email, no tel & alamat dan terus tekan CONTINUE.

LANGKAH 6:
 Semak semula senarai barang yang di order dan terus PROCEED TO PAYMENT.

LANGKAH 7:
Anda perlu memasukkan Credit/ Debit Card (Mastercard @ Visa), Nama Pemegang Kad, Nombor Credit Card, Expiry Date dan Security Code (nombot 3 digit di belakang kad). Tekan CONFIRM PAYMENT. Tunggu sms yang akan diterima dalam hp anda untuk dapatkan kod MSOS ataupun TAC Code. Cuma masukkan kod tersebut. Pastikan anda telah mendaftar online banking di akaun bank anda ye.. Jika tidak anda tak dapat buat belian online..

Itu sahaja langkah-langkah untuk membuat pesanan melalui ESELL ini. Mudah kan. Anda tak perlu berurusan dengan saya pun. Anytime boleh click and buy. Jom mula sekarang. Lihat sebelah kanan anda tu, imej cam bawah ni. Klik je...


Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda....

Puan Emy
SID: 964128
esmn_6280@yahoo.com
017-5510412


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno