Thursday, June 5, 2014

11 Kebaikan Teh Hijau dalam Cinch Tea Mix yang tak pernah anda tahu!!

Assalam.. Good Morning...
Sedapnye pagi ni pekena Cinch Tea Mix... Lega rasa badan.. Ni cara kuruskan badan jugak tau..

Ada apa dalam Cinch Tea Mix?
• Taurina - sejenis asid amino
• Maltodextrin - polisakarida yang dihasilkan daripada tepung jagung
• Rooibos Red Tea Extract - satu tumbuhan asli (herba) hanya ditemui di kawasan gunung Cedarburg Afrika Selatan, dikenali sebagai " Teh Keajaiban " atau "Teh Life Long"
• Ekstrak Teh Hijau - gabungan anti-oksida
• Ekstrak Teh Putih - teh yang paling asli & kurang melalui pemprosesan
• Matcha Green Tea Powder - teh hijau dari Jepun gred tertinggi

Hari ni nak cerita tentang teh hijau saja. Tahu tak teh hijau disenaraikan sebagai The Best Metabolism Booster!! Yup betul. Lps makan mesti rasa lebih bertenaga dan berpeluh-peluh kalau kita buat senaman walaupun sikit. Memang syok untuk kuruskan badan. Takde la lembik.. rasa nak tido je... 


Ok jom kita hadamkan apa Teh Hijau yang ada dalam Cinch Tea Mix ni..

1: Mengurangkan Berat Badan
Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. Juga mengurangkan sembelit dan sebu perut.

2 : Kawal Glukosa utk Pesakit Diabetes
Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3 : Kurangkan risiko Sakit Jantung.
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4 : Kurangkan Risiko Barah Esofagus
Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5 : Turunkan paras Kolestrol
Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6 : Kurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson
Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7 : Elakkan Pereputan pada Gigi
Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.

8 : Baik untuk Kawal Tekanan Darah.
Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9 : Tenangkan Perasaan
Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10 : Antibakteria.
'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11 : Kurangkan Tanda-Tanda Penuaan
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari dan sinar UV.

Nak kurangkan rasa pahit pahit tawar dia saya buat 2 kali bancuh untuk sepaket.. Senang je.. Bancuh dengan air sejuk atau panas... tambah perahan limau nipis.. Baru ada Oomph!!! Pagi sebelum sarapan dan petang masa tea time... 

Jom tengok few testimoni untuk anda.. tenaga / lawas / kurangkan nafsu makan... memang terbaik!!!



Jom pastikan ada dalam setiap rumah!.. Hubungi saya:

Puan Emy
SID : 964128
esmn_6280@yahoo.com
Hp: 0175510412

2 comments:

  1. salam, bagus teh hijau ni, baru tau ada anti bakteria, nak amalkanlah..

    ReplyDelete
  2. Haah.. btul sis. Rs brtenaga yg syok tu. Ptg2 takde la mngantuk je hihi

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno