Wednesday, January 8, 2014

KENALI ~ TEKANAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum...

Biasanya kita dengar tentang penyakit Tekanan Darah Tinggi atau Hypertensi... Tapi kali ni kita bicara sikit tentang Tekanan Darah Rendah iaitu Hipotensi.... Beza.. Tapi kedua-duanya pun sama bahaya... 

Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah setiap orang berbeza. Sebabnya, kita semua berbeza dari kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca Tekanan Darah
  • Kehamilan 
  • Masalah hormon seperti Tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism) & Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
  • Kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia) 
  • Terlebih dos ubat tekanan darah tinggi 
  • Kegagalan jantung 
  • Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal) 
  • Pelebaran atau pengembangan, saluran darah 
  • Keletihan haba atau strok haba 
  • Penyakit hati
Bagaimana Tekanan Darah Rendah Terjadi
Masalah tekanan darah berlaku disebabkan dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipamkan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Walaupun mengalami masalah kesihatan, semua penghidap masih boleh mnjalani kehidupan yang normal. 

Pastikan setiap pergerakan sentiasa terkawal, contohnya:
Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
Jangan berdiri terlalu lama
Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
Diet rendah karbohidrat
Banyakkan minum air putih
Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Supplemen Cadangan Untuk Penghidap Tekanan Darah Rendah :

B Complex - Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein - Meningkatkan tenaga
Vitalea - Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Meal Shakes - Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink - Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix - Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


Nampak macam banyak yang perlu, tapi sebenarnya bergantung kepada budget anda sendiri. Mungkin anda perlukan Bcomplex dan ESP sahaja, kerana itu yang terpenting utnuk mengawal masalah ini....

Jom kita bicara lebih lanjut. Hubungi saya untuk konsultansi:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno