Wednesday, January 1, 2014

4 SUPLEMEN WAJIB UTK IBU HAMIL!!

HAI IBU HAMIL... SYUKUR ALHAMDULILLAH.. ANDA TERPILIH UNTUK MENJADI IBU KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW... JOM KITA BACA TENTANG SUPPLEMENT UTK IBU HAMIL...

Kenapa ya ibu hamil perlu ambil supplement??? Khasiat dari pemakanan mungkin kurang sebab dah muntah-muntah dan takde selera makan kan. Jadi perlu sangatla sebab kita nak bagi khasiat yang banyak kpd baby yg dlm perut tu juga... Lagi..


  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya....




Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  • Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  • Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Ia juga membantu mengurangkn risiko kecacatan pada tiub neural. Folic acid boleh diamalkan oleh Ibu & ayah dari sebelum mengandung lagi.
  • Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  • Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Banyak kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 meningkatkan kebijakan anak-anak, mudah fokus dalam pelajaran dan mahir menggunakan bahasa dengan baik. api hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut. 
SUMBER: http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/health-news/brain-food-why-the-government-wants-your-child-to-take-omega3-the-fish-oil-supplement-481930.html


SUPPLEMENT DARI SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL...
  • Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  • B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid 
  • Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  • Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)




Boleh juga add on:
  • Vitamin C - utk jg kesihatan, elakkn demam, selsema, batuk, jaga kulit spy kesan rekahan yg lembut dan minima 
  • ESP - tenaga ibu & khasiat utk bayi


PERHATIAN!! SUPPLEMENT YG TIDAK BOLEH DIAMALKAN SEMASA MENGANDUNG
  • Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  • Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  • Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terima kasih :-)

*rujukan :
www.vitaminsemulajadi.com
www.drzubaidi.com

BERMINAT? HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT....

PUAN EMY 0175510412
email: emysuzanna@gmail.com / esmn_6280@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno