Tuesday, January 21, 2014

Koleksi Testimoni Alfalfa & Keputihan

HAI SEMUA!!! HARI NI NK BAGI KORANG TENGOK TESTIMONI JE... MEH TGK KOLEKSI TESTIMONI PASAL KEPUTIHAN HILANG & SUAMI RASA LAIN JE KAN... SBB BERSIH DAN MAKIN MENYENGAT!! OUCH!!.. HAHA MEH CPT LAYANNNN!!!.... 

LEPAS TU TRUS AMBIK HP, SMS EMY TAU... 017-5510412.. 










Wednesday, January 15, 2014

10 MANFAAT UNGGUL BCOMPLEX!!

ASSALAMUALAIKUM....

Hari ni nak buka cerita la tentang Bcomplex.... Sape yang tak pernah tahu kebaikan Bcomplex angkat kening sikit!... Haaa.. ramai yg angkat tu....

Masa kat asrama dulu ~ SMK Tunku Abdul Rahman Putra, P.Pinang... (amboi siap gtaw lagi.. ehehehe).. Cikgu Ainun (warden aspuri) ada bgtau, makanan untuk tenaga, otak dan kesihatan paling penting adalah BComplex... Sebab katanya, dia dapat proses makanan yang kita makan utk ditukarkn kpd tenaga dgn efektif, jd otak pun akan dpt tenaga supaya segar semasa belajar & jawab peksa.... Haa... student yang baik sgt kan... dgn & ingt kata cikgu kan... hihi

Ye betul sayangku... Tepat sekali!! Itu fungsi terhangat pada Bcomplex Shaklee!!! Tenaga!! Tenaga!! Tenaga!!! Meh kita cite....

Dalam BCOMPLEX Shaklee ada 8 komponen Vitamin B yang disatukan dalam sebiji tablet untuk memastikan keseimbangan dan keberkesanannya:

1. B1 (Thiamin)
2. B2 (Riboflavin)
3. B3 (Niacin)
4. B5 (Pantothenic Acid)
5. B6 (Pyridoxine)
6. B7 (Biotin)
7. B9 (Folic Acid)
8. B12 (Cobalamine)

MANFAAT BCOMPLEX DENGAN HANYA SATU BIJI SEHARI!!!

1. Menukarkan Makanan kepada Tenaga
~ Membantu penghadaman, tukarkan lemak, kabohidrat dan protein kepada tenaga & sekaligus mengurangkan keletihan.

2. Melawan Tekanan & Migrain
~ Memastikan keadaan fungsi saraf, sekaligus melegakan sakit kepala, tekanan & kurangkan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran & Kurangkan Risiko Kecacatan
~ Menggalakkan tumbesaran yg sihat & normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru. Penting bagi ibu hamil untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang bayi.

4. Terbaik untuk Masalah Rambut Beruban & Gugur
~ Membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur. Menguatkan akar rambut & menyihatkan terutamanya kepada masalah rambut gugur & beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk Mata & Daya Fokus
~ Mengurangkan masalah mata letih, mengelakkan dari masalah Katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, meningkatkan kekuatan mata untuk kekal fokus & sekaligus meningkatkan daya fokus & memori.

6. Mencegah Anemia
~ Membantu dalam pembentukan darah merah yang sihat dan antibodi. Meransang sirkulasi darah dalam tubuh terutamanya ke Otak. Merawat dan mencegah Anemia, sakit kepala, pening, lemah semnagat, keletihan, muntah, migrain, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan PMS
~ Baik untuk masalah PMS seperti senggugut, sakit kepala, kemurungan & masalah penghadaman terutamanya kepada mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah Pericche
~ Dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau

9. Baik Untuk Penghidap Diabetes
~ Bagi penghidap diabetes, komponen lengkap Bcomplex mampu menjaga saraf terutamanya di bahagian kaki, meredakan pedih & ngilu serta kesakitan (diabetic neuropathy). Juga membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah terutamanya semasa 'berpuasa'. Mengurangkan risiko masalah buah pinggang pada penghidap diabetes.

10. Mengurangkan Risiko Kanser
~ Pengambilan Bcomplex setiap hari memberi khasiat utk saraf dan mengurangkn risiko kanser usus, serviks, payudara & pankreas. Juga mengelakkan dari masalah paru-paru.

HEBAT KAN!! MEMANG TERBAIK LA....

INI SAYA WAJIBKAN UNTUK SUAMI YANG SELALU KELETIHAN KELUAR PG BUTA, BALIK MALAM BUTA NAIK MOTOR 30KM ULANG ALIK SEHARI... MEMANG ALHAMDULILLAH NAMPAK PERUBAHAN... BOLEH CALL SEMBANG DGN ANAK GELAK2 LAGI... KIRA OK KAN... KLU TAK, ASYIK STRESS & CPT MARAH... HEHE

MAMA SAYA YANG PENGHIDAP DIABETES JUGA SAYA PASTIKAN BCOMPLEX DIAMBIL SETIAP HARI UNTUK ELAKKN PELBAGAI MASALAH & KOMPLIKASI... ALHAMDULILLAH MAMA RASA LEBIH SELESA...

SOURCE: http://altmedicine.about.com/od/herbsupplementguide/a/B-Complex.htm



jom!! pastikan Bcomplex untuk TENAGA, SIHAT & CANTIK selalu..... HUBUNGI EMY:






Monday, January 13, 2014

WAJIB TAHU!!!... INFO GOUT

Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

Supplemen yang dicadangkan
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

 Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Saturday, January 11, 2014

6 KEBAIKAN GRAPE SEED OIL UNTUK KULIT YANG CANTIK

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni nak cerita tentang minyak biji anggur... Apa tu??? GRAPESEED OIL!!. Kita panggil GSO la kat sini ye... Amboi kata nak lawa. GSO tak kenal?... Hah kena la kenal apa benda makanan untuk lawa.. kan... Ni kiranya makanan high class utk lawa tau. Tapi nk buat camane? Nak beli anggur 4 kilo, mkn, asingkn biji... pstu goreng-mesin-perah???? amboi... rajinnye.. hihi...

GSO ni dah diesktrak secara saintifik la... tak reti nak cerita... Tapi merupakan bahan utama dalam VITA E COMPLEX tau!!... WOW patutla VITA E mmg high class!!.. mmg berkesan sgt2 utk parut-parut jeragat, pigmentasi tu.... Jom kita cite sikit 5 kepoweran GSO ni..

6 KEBAIKAN GRAPE SEED OIL UNTUK KULIT YANG CANTIK


1. MERAWAT JERAWAT - GSO mengandungi antioxidan dan antiinflamasi yang sangat baik untuk merawat masalah jerawat. Ia juga mengandungi Linoleic Acid yang sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit

2. MENEGANGKAN KULIT - GSO mengandungi bahan Astringen yang membantu menegangkan kulit  dan dalam masa yang sama ia menutup liang-liang atau pori-pori besar pada kulit. Ini sangat membantu untuk memastikan tiada kotoran yang terperangkap yang menyebabkan jerawat dan jeragat.

3. MENGURANGKAN LINGKARAN HITAM PADA MATA - GSO memang sangat-sangat membantu untuk mereka yang bermasalah lingkaran hitam. Masalah ini biasanya disebabkan oleh toxin, bahan kimia berlebihan tertinggal dalam badan. 

4. MELEMBAPKAN KULIT - GSO merupakan minyak yang sangat lembut dan ringan dan boleh digunakan walaupun pada kulit yang sensitif. 

5. MENGURANGKAN KEDUTAN DAN MENINGKATKAN KEANJALAN KULIT - GSO sangat penting dalam kebanyakan produk antipenuaan kerana sifatnya yang melembapkan kulit dan ini dapat mengurangkan masalah kedutan dan garis-garis penuaan. Kulit juga akan terasa lebih anjal.

6. MENGHILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI - GSO memang terbukti berkesan dalam mengurangkan masalah jeragat kerana membantu mengecilkan liang roma dan mengurangkn kemasukan kotoran dan minyak kedalam liang roma. Pigmentasi pula sering melanda mereka yang biasanya berumur 30an dan terdedah kepada cahaya matahari. Kedua-dua masalah ini dapat dikurangkan dengan GSO..

SANGAT HEBAT!!!... PATUTLA VITA E BERKESAN UNTUK CANTIKKN KULIT...
JOM TENGOK APA KATA MEREKA...




Terbaik!!!... Anda nk juga... 
Anytime boleh sms atau email sy.... 




Wednesday, January 8, 2014

KENALI ~ TEKANAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum...

Biasanya kita dengar tentang penyakit Tekanan Darah Tinggi atau Hypertensi... Tapi kali ni kita bicara sikit tentang Tekanan Darah Rendah iaitu Hipotensi.... Beza.. Tapi kedua-duanya pun sama bahaya... 

Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah setiap orang berbeza. Sebabnya, kita semua berbeza dari kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca Tekanan Darah
  • Kehamilan 
  • Masalah hormon seperti Tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism) & Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
  • Kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia) 
  • Terlebih dos ubat tekanan darah tinggi 
  • Kegagalan jantung 
  • Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal) 
  • Pelebaran atau pengembangan, saluran darah 
  • Keletihan haba atau strok haba 
  • Penyakit hati
Bagaimana Tekanan Darah Rendah Terjadi
Masalah tekanan darah berlaku disebabkan dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipamkan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Walaupun mengalami masalah kesihatan, semua penghidap masih boleh mnjalani kehidupan yang normal. 

Pastikan setiap pergerakan sentiasa terkawal, contohnya:
Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
Jangan berdiri terlalu lama
Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
Diet rendah karbohidrat
Banyakkan minum air putih
Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Supplemen Cadangan Untuk Penghidap Tekanan Darah Rendah :

B Complex - Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein - Meningkatkan tenaga
Vitalea - Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Meal Shakes - Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink - Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix - Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


Nampak macam banyak yang perlu, tapi sebenarnya bergantung kepada budget anda sendiri. Mungkin anda perlukan Bcomplex dan ESP sahaja, kerana itu yang terpenting utnuk mengawal masalah ini....

Jom kita bicara lebih lanjut. Hubungi saya untuk konsultansi:


Tuesday, January 7, 2014

10 KEBAIKAN BAWANG PUTIH

Pil Bawang Putih???? hehe of course la yunk! Bawang putih mmg terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Memang digunakan turun temurun sebagai bahan masakan seluruh dunia. Rasanya hampir semua hidangan pun kita gunakan bawang putih kan... Tahu tak!!... Makan bawang putih / garlic segar dapat elakkan dari penyakit berjangkit contohnya macam selesema dan batuk.. Sebenarnya, ada macam-macam garlic pil yang ada dalam pasaran... Tetapi kurang  mendapat perhatian.. Mungkin sebab bahan yang tak glemer la kan.. Bawang putih je pun... Tapi... Tak boleh pandang enteng tau dgn garlic ni. Memang bagus... Ok jom layan cerita tentang garlic..

ASAL BAU BAWANG PUTIH

Bawang putih / garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Dari situ la bau bawang putih tu...

APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?
  • Dibuat daripada bawang putih premium
  • BEBAS racun perosak
  • Ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
  • Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint).
  • Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
  • 2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.
OK.. Dh tau siapa garlic kan??.. ok skrg kita nak tau pulak apa dia buat pd badan kita... Jom

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX :
  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  6. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.
CADANGAN PENGAMBILAN

Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.
Untuk radang dan alergi : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.


Tahu tak Garlic ni sangatla murah. Sesuai sangat kalau yang budget rendah... Itu la kan.. sebenarnya ada banyak lagi supplement yang murah macam garlic ni.... Dah la banyak kelebihannya kan.... Jom kita layan sikit testimoni pengguna Garlic.



TESTIMONI 1:
"mula-mula rasa mild dizzy disebabkan proses detoksifikasi..... 
minggu kedua bertenaga dan badan ringan. berat juga reduce!!


TESTIMONI 2:
"mom ada darah tinggi.. ambil oste, garlic, bcomplex, BP turun. 
dah tak ambik ubat hospital. tak pening-pening akibat darah tinggi dah"


TESTIMONI 3:
Badan gatal-gatal berbiji macam kelopak garam cepat surut. 
Sekarang dah pulih!!!



TENGOK TU.. MEMANG HEBAT!!! ANDA NAK JUGA??? 
NO PROBLEM.. SMS ME OKEH?!


Sunday, January 5, 2014

VITAMIN C ~ THE CHAMPION!!!

ASSALAMUALAIKUM....HAI SEMUA!!!
Hari ni nk crita sikit tentang Vitamin C!!!... Opp bukan Vitamin C cikai2 yg bungkus xtau dr mn tu ye... Ini SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500MG.... Hihihi... Amboi pjgnye nama... Ha sesuai la dgn kepoweran nye uolllsss... 

Nk tau tak apa maksud SUSTAINED RELEASE tu... dr segi bahasa "TERTAHAN KELUAR"!!!... hehe agak kelakar di situ... ngee... ok toksah translate semberono (betul ke ejaan ni)... Kena tgk istilah dia ye... Ok maksudnya khasiat Vitamin C ni dilepaskn perlahan-lahan.... La isk... Nape pulak nk perlahan-lahan?... Sebab Vitamin C ni sentiasa diperlukan dlm bdn.. setiap masa.... Jadi.. bila lps perlahan2 smua khasiatnya akn masuk peringkat demi peringkat... Kalau Vitamin C biasa, msuk perut trus brtindak. klu trlebih ataupun dh cukup dlm bdn, maka yg lebih2 tu dibuang trus melalui air kencing.... Sbbnya, pd satu2 ms cuma 100mg shj yg bdn perlu... (correct me if im wrong pls).... 

Ha.. tu la beza SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500MG ni... Tak trbuang.. Lgpun... Vitamin C yg lps perlahan2 ni lebih jimat la mknanya... mkn sebiji sj khasiatnya diserap perlahan2 selama 5 jam!!!... tak mudah rosak spt vitamin c biasa!!!......
Haaa.. mu pehe dok gi???.. Pehe cikguuu!!!... Ha seb bek paham...  Haaa Marvellous!!! Marvellous!!! Jagjit menyampuk laa... hehe... syok kan... Oppp nnti dulu!.. byk lagi....

Ok serious serious... skrg kene serious sikit... Penting ni... Jom tgk apa kebaikan Vitamin C kita ni pulak.... 

KEHEBATAN SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500 MG DARI SHAKLEE INI:

1. Penting utk hasilkn kolagen.. kolagen adalah spt jaringan utk jg tulang rawan, sendi, otot etc.. Nk gebu wajib la ada vitamin C... Kajian menunjukkn mrk yg cukup vitamin c dlm bdn, luka, patah etc cpt sembuh!!!... parut2 jerawat, luka2 picit jerawat pun cpt baik!!!... best kan!!!

2. Antioxidant... smua sel dlm bdn x mudah cpt tua!!!... jadi risiko kanser pun sgt kurang!!.. bila sel bdn sihat, setiap sel bdn akn terbahagi dgn terkawal... jd stiap sel kita sihat la... TETAPI.. tahu tak, bgmn kanser trjadi??? Salah satu sbbnya adalah berlakunya gumpalan sel... sel trlalu cpt trbahagi scra tidak trkawal hingga trgumpal antara satu sama lain... sbb tu la jd sel tumor n kanser... ia spt sel asing yg tumbuh pd badan kan.... aduuhhh cerita pun takut!!... (pssstt jgn merokok!!.. tu salah satu punca berlakunya gumpalan sel... nikotin dlm bdn mnyebabkn sel2 trlalu aktif n boleh jg brlaku gumpalan mcm tu!!!...) perrghhh!!!... Gerun beb!

3. Sistem imun... kajian di makmal SHAKLEE  sndiri menunjukkn: mkn VITA C 500MG SHAKLEE sebnyk 2 bj sehari, 1 pg, 1 mlm dpt bntu tingkatkn sistem imun kepada 100%.. ini brmkna anda akn sihat la.. InshaAllah... krna sistm imun trjaga.... batuk, selsema, demam susah nk kena... klu kena pun cpt je baik tau.. Sy suka! sy suka!! (Tgk tu mei mei mnyampuk.. hehe)..

4. Kurangkn stress.... tahu tak HORMON KORTISOL akn keluar semasa bdn kita tgh stress spt ms kita sedih. Hormon ini akn mnyebabkn gula dlm darah meningkat... bila gula meningkat kita akn rs makin nak makan.. Bila mkn kerap mula lah berlaku pengumpulan lemak pada perut... Jadi.. apa fungsi vitamin C?.. Vitamin C bntu kurngkn stress spy HORMON KORTISOL tu cpt diclearkan!... so... tak la cpt gemuk dan mngndung x brsalin... opp x syg mullottt... hehe

Haaa... best kan.... ini 4 yg trbest utk bdn kita klu nk jg kesihatan n lawa je slalu... kan... ok jom jom tgk lagi apa kebaikannya... ada lg....

5. Kurngkn risiko mslh kesuburan.. trutamanya lelaki.... haa... cik abg tolong ambik vit c ye... Slh satu faktor sbb merokok la ni tau... 

6. Kurngkn risiko darah tinggi.. Sebabnya,  sistem bdn, salur darah smpila salur darah paling halus iaitu kapilari sentiasa trjaga... Jd, risiko kena stroke pun menurun.. sbb?.. salur darah sihat.. Oppp pstikn kolestrol trkawal ye... klu tinggi jgk kena ambik Omegaguard utk buang kolestrol jahat tau..

Itu la serba sedikit yg sy dpt kongsi tentang SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500MG dari SHAKLEE... banyak lagi fungsinya diabetes, eczema, resdung etc bla bla bla... tp kelas hari ni kita tamatkn dulu la ye... kang byk sgt anak2 murid x fokus... hehe. 
Nk cite sini.. sy pun dh jatuh cinta laaa dgn vitamin c yg ni... parut jrwt gatai n ketoi2 emas kt muka ni makin hari makin kurang je sy tgk...nnti klu dh comei lg sy tnjuk ye... Amboi.. skrg pun i cun jugak u!... hehe poyo sgt... 

P/S: smua maklumat ni sy dpt dr satu buku nutrisi yg sarat dgn ilmu ttg brbagai jenis Vitamin & Mineral setebal 487 muka surat ni yg akn jadi HADIAH kpd anda yg JOIN AHLI DGN SAYA!!! Nampak tak?.. Kami di Shaklee tak ckp kosong tau!!!.. Rujuk mcm2 buku n hbis website digodek utk gali ilmu.. Master & Upline yg sgt best & ada pakar nutrisi yg sgt2 mmbntu dlm grup besar kami tau!!!... 



NK BELI @ NK JOIN SHAKLEE???... 
JOM HUBUNGI SY OK!!

Saturday, January 4, 2014

KENALI ALFALFA!!!

JOM KENALI ALFALFA... NI KEDAI FARMASI TAU.. MACAM2 FUNGSI!!

APA FUNGSINYA?????

♥ Melegakan sakit sendi dan belakang.
♥ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
♥ Memberi kelegaan dari senggugut (untuk wanita).
♥ Merawat arthitis
♥ Bagus untuk elergi dan ekzema pada kulit
♥ Melegakan masalah gatal2 akibat RESDUNG!!
♥ Merawat asthma
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik (detox)
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
♥ Meneutralkan asid dalam badan
♥ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
♥ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
♥ MENGETATKAN!!.. Bertindak seperti kacip fatimah (untuk wanita).
♥ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
♥ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
♥ Meningkatkan stamina seorang suami
♥ Melegakan sembelit
♥ Membuang angin dalam badan
♥ Milk booster
♥ Mengecutkn tumor/cyst

SHAKLEE HANYA MENGGUNAKAN ALFALFA TERBAIK YANG TUMBUH DI CALIFORNIA YG KAYA DGN PELBAGAI JENIS ZAT ~ KALSIUM, FOSFORUS, ZAT BESI, MAGNESIUM SERTA KLOROFIL, BIOVLAVANOID & BERBAGAI MINERAL DAN VITAMIN!!!

20 KEBAIKAN YG MMG TAK BOLEH DISANGKAL LAGI.... SBB TU LA ALFALFA INI IBARAT KEDAI FARMASI ANDA TAU... SEBAB ALL IN ONE. MCM2 MSLH BOLEH DIPERBAIKI... 

ALFALFA NI SIGNATURE PRODUCT SHAKLEE TAU.. MMG DIJAGA MUTUNYA & FORMULA ORIGINAL OLEH PIONEER SHAKLEE IAITU DR FORREST C.SHAKLEE...

NAK JUGA??? HUBUNGI SAYA SKRG!!! 

SEMESTINYA TRBAIK PERNH ANDA JUMPA!!!!





Wednesday, January 1, 2014

4 SUPLEMEN WAJIB UTK IBU HAMIL!!

HAI IBU HAMIL... SYUKUR ALHAMDULILLAH.. ANDA TERPILIH UNTUK MENJADI IBU KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW... JOM KITA BACA TENTANG SUPPLEMENT UTK IBU HAMIL...

Kenapa ya ibu hamil perlu ambil supplement??? Khasiat dari pemakanan mungkin kurang sebab dah muntah-muntah dan takde selera makan kan. Jadi perlu sangatla sebab kita nak bagi khasiat yang banyak kpd baby yg dlm perut tu juga... Lagi..


  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya....




Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  • Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  • Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Ia juga membantu mengurangkn risiko kecacatan pada tiub neural. Folic acid boleh diamalkan oleh Ibu & ayah dari sebelum mengandung lagi.
  • Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  • Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Banyak kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 meningkatkan kebijakan anak-anak, mudah fokus dalam pelajaran dan mahir menggunakan bahasa dengan baik. api hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut. 
SUMBER: http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/health-news/brain-food-why-the-government-wants-your-child-to-take-omega3-the-fish-oil-supplement-481930.html


SUPPLEMENT DARI SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL...
  • Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  • B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid 
  • Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  • Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)




Boleh juga add on:
  • Vitamin C - utk jg kesihatan, elakkn demam, selsema, batuk, jaga kulit spy kesan rekahan yg lembut dan minima 
  • ESP - tenaga ibu & khasiat utk bayi


PERHATIAN!! SUPPLEMENT YG TIDAK BOLEH DIAMALKAN SEMASA MENGANDUNG
  • Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  • Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  • Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terima kasih :-)

*rujukan :
www.vitaminsemulajadi.com
www.drzubaidi.com

BERMINAT? HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT....

PUAN EMY 0175510412
email: emysuzanna@gmail.com / esmn_6280@yahoo.com

7 Sunnah Hebat

Ilmu hasil kupasan dari Ustaz Don:
7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno