Tuesday, December 24, 2013

KEPERLUAN OMEGA 3 (DHA, EPA) UNTUK IBU HAMIL DAN BAYI

Hai ibu-ibu, ayah-ayah... atau bakal ibu dan ayah!!!

Ada yg baru beli susu utk ibu hamil @ formula?... Betul tak kalau saya cakap anda mesti tengok brp banyak DHA dalam setiap 100gm @ serving kan???? Saya pun sama... nak nak anak saya si PUTRI ni takmau breastfeed... lps pantang, saja campur susu formula.. last2 skali ank terus xmo breastfeed... hemm... dia merajuk kot sbb mommy pegi keje kena tinggal... alo cian...

Zaman sekarang mmg kita byk mmbaca & korek ilmu macam mana nk pastikan ank bijak kan... DHA mmg bagus ye... dah banyak kajian menunjukkan kepintaran anak lebih tinggi dengan pengambilan DHA yang lebih... Ok sebelum kita teruskan, kena ingat pesanan penaja ni.. hihi... Nak anak bijak jgn lupa amalkan membaca Al-Quran setiap hari terutamanya masa hamil juga ya. Jangan harap supplement je sebab semuanya kuasa Allah..... DHA ni cuma ikhtiar sahaja ye... ha yg tu kena ingat selalu.... 

Perlukah DHA??

Biasanya semasa mengandung, ramai wanita hamil Cuma memikirkan tentang ASID FOLIK dan KALSIUM sahaja.  Namun terdapat satu lagi nutrisi yang sama pentingnya tetapi sering diabai iaitu asid docosahexaenoic atau DHA.

Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Walaubagaimanapun, DHA tidak dapat dihasil sendiri oleh badan kita dan cuma diperolehi daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin. Malangnya, ramai ibu mengandung gagal mendapatkan jumlah DHA yang disyor. Di samping itu juga, DHA tidak terdapat dalam kebanyakan vitamin pra lahir terutamanya di klinik kesihatan kerajaan.


Apa Itu DHA

DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata dan sistem saraf pusat. 

Keperluan Harian DHA

Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.

Kepentingan DHA

DHA penting untuk perkembangan otak. DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum untuk memastikan setiap sel badan berfungsi dengan baik.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran. Kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

DHA mengurangkan risiko dan masalah kesihatan seperti ekzema, batuk berkahak / bronchitis / pneumonia dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

DHA memastikan perkembangan sel retina pada mata & penglihatan berfungsi dengan baik

Kajian Tentang Kaitan DHA dengan Perkembangan Kognitif Bayi & Kanak-Kanak

Kajian menunjukkan mengambil suplemen DHA semasa menyusu akan meningkatkan paras DHA dengan berkesan dalam susu ibu dan juga dalam darah bayi. Satu kajian yang diterbitkan dalam majalah American Journal of Clinical Nutrition keluaran Julai baru-baru ini, menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA semasa empat bulan menyusu susu ibu, boleh mencapai kepintaran psychomotor (seperti penyelarasan dan menyusun atur) seawal umur 2 setengah tahun.

Kajian yang dilakukan di Universiti Texas Tech menunjukkan wujud perkaitan antara jumlah DHA yang didapati dalam susu ibu dan fungsi kognitif bayi. Pada dasarnya, lebih banyak DHA yang ada pada seseorang ibu, maka lebih pintar bayi yang akan dilahirkan. Bayi memerlukan DHA untuk perkembangan otak dan mata yang optimum dan mereka memperolehi DHA ini daripada susu ibunya.
Kajian terbaru ini diterbitkan dalam majalah Journal of Paediatrics Psychiatry menunjukkan wujud perkaitan positif antara paras DHA dalam susu ibu dan fungsi tingkah laku neuro seseorang bayi yang baru lahir. Penemuan ini menyokong banyak kajian klinikal menunjukkan DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan mental dan visual seseorang bayi.


Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola. 

Lebih mudah lagi, pengambilan OMEGAGUARD 1 - 2 biji sehari. Jika anda minum susu atau anak minuum susu formula, pastikan jumlah DHA dalam susu tersebut dan campurkan jumlah DHA dalam OMEGAGUARD. Jangan lebih 300mg sehari. *DHA dalam sebiji OMEGAGUARD ialah 120mg. 

Lihat contoh kandungan DHA pada susu Enfagrow A+, Step 4 anak saya.

38 gram per serving (4 scoop)

Jika anak minum susu 2 kali sehari, 4 scoop, bermakna total DHA yang diperolehi ialah 72gram... Maka boleh la beri anak 1 biji OMEGAGUARD sebagai tambahan. 

Saya tak beri 2 biji sebab mungkin dalam makanan dah ada Omega 3. Sebab di rumah memang setiap hari kami makan ikan & sayur. Wajib. So dah ada sikit Omega 3 kan.....



ANAK SAYA DAN DHA!!!

Alhamdulillah, pada umur 1 tahun 5 bulan, Putri dah boleh bercakap dengan lancar, pelat & sikit ada la... Umur 2 tahun, dia boleh ingat apa dalam ABC boardbook, A to Z... A for apple, B for Ball, C for Cat.... sampai Z!!.. Alhamdulillah. Umur 3 tahun 3 bulan saya hantar ke Tadika, sebab dia boring kat Nursery, cikgu dia suruh hantar ke sebelah (tadika n nursery sebelah je, satu tokey). Cikgu penat nak kejar dia asyik nak duduk dengan kakak2 belajar sama2... hehe... kelakar time ni.... Umur 4 tahun dia dah baca dengan lancar. Umur 4 tahun 6 bulan, habis buku Bacalah Anakku stage 7 kot yg last tu (hihi... mommmy x ingat.. sowyyy)...Syukur Alhamdulillah semuanya lancar. Tapi tau tak, ada jugak kawan dia umur 3 tahun setengah dah boleh baca... Hebat kan!!... Hah.. ibu bapa pun kena rajin juga k. Jgn biar dgn Ipad je.. hihi.. Doakan anak saya berjaya jadi Muslimah yg hebat di dunia & akhirat ye,,, Amiin.. 



Nak share pengalaman anda juga???? Jemput comment... 
Nak order, leh comment @ direct SMS emy:

SMS EMY 017-5510412
SID : 964128


Jom layan testimoni sikit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno