Monday, September 23, 2013

SET BERPANTANG DAN BREASTFEEDING

ASSALAMUA'LAIKUM... HAI UOLL!

Dah bersawang blog ni kan. Lama tak update blog ni kan.. Tiba2 hari ni bangun awal rs bersemangat sikit. Mimpi baby.. hihi.. Rzki tu kan. Jom kita belek2 sikit tentang SET BERPANTANG & BREASTFEEDING... oo plzz ape brpantang dlm english tah, blur plak pg2 ni...jadi la tu rojak BM BI.. :D.

TGK SINI... Apa yg anda ambil semasa kehamilan teruskan shj.. ESP, Vita C, BComp, Oste, Omega, Alfafa... Semua ada kepentingan masing-masing. Jom kita tengok satu persatu...



ESP
Tahu tak antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP juga membantu memekatkan susu dan beri tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. Japgi tengok testimoni ye... 

VITALEA
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Mudah cerita nak sihat mesti makan semua zat betul tak? So vitalea adalah jawapannya... Terutamanya ibu-ibu yang ada masalah diabetes semasa hamil, mesti makan vitalea sebab ada Chromium yang membantu memastikan pankreas menghasilkan insulin untk mengawal gula dalam darah. Of course kita tak mau masalah diabetis berlarutan kan. (sy pernah terbaca dalam artikel tentang diabetis semasa hamil ~ jika selepas bersalin pun masih ada lagi mslh ni, maka ibu-ibu akan terus mengalami masalah ni sampai bile2. kalau tak silap buku kehamilan keluaran karangkraf)...

ALFAFA
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. walaubagaimanapun disarankan ambil Alfafa selepas bayi sembuh dari penyakit Kuning. Satu lagi kebaikan Alfafa, jika anda pernah mengalami masalah cyst, fibroid etc, alfafa dapat membantu mengecutkan sel-sel trsebut.. takut juga kalau dah sembuh tapi datang kembali kan..

ZINC COMPLEX
Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression. Sangat disarankan bagi mereka yang bersalin secara Ceaserian.. (betul ke ejaan tu.. boleh la). Bukan hanya ceaser ye, tapi apa2 juga pembedahan sebenarnya memerlukan zinc untuk baikpulih luka.

VITA C
Vitamin C sangat penting untuk penyembuhan luka selepas bersalin. Ia membantu membina semula sel-sel baru yang sihat... Selainnya, Vit C ialah antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Ingat lagi tak bila baca tentang kolagen, Vit C bantu dlm penghasilan kolagen. Jadi mesti amalkan Vit C juga utk pastikan kesan kenaikan badan masa mengandung, strech mark etc dapat dihilangkan dan menegangkan semula kulit badan dan wajah... Jangan pula nanti anak comel je, mommy nye sememeh je... :)..

BCOMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Vitamin B6 membantu dalam memetabolisekan lemak dalam badan. (mak ai teruknye translation)... senang cite bantu bakar lemak la... lagi satu membantu menghasilkan sel darah merah.. bagus untuk anak ni ye.

OSTEMATRIX
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Tahu tak pengambilan Oste juga dapat membantu menghilangkan masalah sembelit. InshaaAllah tak perlu lagi bertapa & meneran dlm toilet lama-lama... 

OMEGAGUARD
Pernah baca kan, DHA membantu dalam pertumbuhan sel otak. Banyak iklan2 susu promote tentang DHA. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri dan membantu dalam penghasilan sel-sel otak anak. Ibu juga yang mengalami masalah mudah lupa, kurang konsentrasi sangat memerlukan Omega. Omega 3 juga membantu pembakaran lemak dan membantu ibu kembali langsing dengan lebih cepat selepas bersalin.

GLA
Sangat perlu untuk ibu-ibu mengembalikan paras hormon dan mempercepatkan proses pengecutan rahim. GLA juga membantu menambahkan seri wajah pada ibu-ibu.



Semua ni sekadar panduan untuk anda. Apa pun mesti bergantung kepadabudget dan juga keadaan kesihatan anda... Kita bincang-bincang dulu.... Jika masalah berat badan ataupun nak kembali langsing perlu ambil sila tambahkan OMEGAGuard juga ok... Jom tengak testimoni yang HOT LAGI MANTOP ni..!!



* KULIT MAKIN CANTIK!
* STRETCH MARK HILANG!! MARVELLOUS!
* SUSU PEKAT
* KULIT MAKIN GEBU!!




SYOK KAN??! KLU CAMNI BERANAK 4-5 ORANG PUN TAKPE KAN.... 

Begitu lah adanya bahagianya menggunakan ESP. Alhamdulillah syukur sangat dipertemukan dengan ESP... Anda nak juga?... Budget kureng? Budget anda rm 50? rm100? rm150?.. Bolehhh je...

KITA BINCANG DULU... SMS/ WHATSAPP/ WE CHAT EMY 017-5510412






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno